Categories

Memahami Pasaran Saham

//Memahami Pasaran Saham

Memahami Pasaran Saham

Memahami Pasaran Saham

Pasaran saham adalah saham-saham dalam syarikat yang dibeli dan dijual, menyedikan pilihan kepada syarikat untuk mengakses modal, dan peluang untuk pelabur saham syarikat meraih keuntungan daripada prestasi masa depan syarikat.

Pasaran saham membuka peluang kepada orang ramai menjana pendapatan pasif selain daripada pendapatan daripada kerja harian mereka, atau aliran pendapatan yang lebih menguntungkan daripada deposit tabungan tradisional. Walaubagaimanapun, sebelum anda berfikir tentang membeli dan menjual saham, anda perlu tahu asas-asas pasaran saham dan perdagangan.

Pelabur baru boleh menjadi keliru kerana istilah yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai fungsi pasaran. Istilah yang digunakan tidak mengambil masa yang lama untuk dipelajari.

Peranan Bursa Malaysia

Anda hanya boleh membuat pelaburan saham melalui bursa saham, suatu organisasi pasaran yang menguruskan pasaran saham dimana saham yang dibeli dan dijual di bawah suatu peraturan dan garis panduan yang ketat. Pasaran saham Malaysia dipanggil Bursa Malaysia. Bursa Malaysia mempunyai lebih 900 syarikat tersenarai yang menawarkan pelbagai pilihan pelaburan untuk pelabur tempatan dan global. Syarikat disenaraikan sama ada pada Bursa Malaysia Sekuriti Pasaran Utama atau Pasaran ACE.

Meningkatkan Modal di Pasaran Saham

Pasaran Saham diwujudkan bertujuan membolehkan syarikat-syarikat mendapatkan modal bagi perniagaan mereka. Apabila seseorang mengatakan bahawa mereka mempunyai sebuah syarikat tersenarai, maksudnya syarikat mereka berada dalam senarai Bursa Malaysia.

Semua syarikat memerlukan wang tunai untuk peluang-peluang pertumbuhan. Kebanyak syarikat “start-up”
mendapati diri mereka kekurangan modal untuk membiayai pengembangan. Salah satu cara untuk memperoleh wang tunai ini adalah mengapungkan syarikat kepada masyarakat umum.

Ia melibatkan penjualan sebahagian daripada syarikat kepada pelabur individu swasta atau institusi pelaburan yang bebas bertukar-tukar saham ini di pasaran terbuka. Pembelian saham dalam sebuah syarikat yang disenaraikan di “pasaran saham” dapat dilakukan melalui Tawaran Awam Awal atau IPO.

Apabila IPO telah dikeluarkan, anda boleh menghubungi syarikat tersebut (telefon, faks atau e-mel) untuk salinan Prospektus dan melengkapkan permohonan untuk memohon peruntukan saham. Atau anda boleh menunggu sehingga syarikat itu diapungkan dan membeli saham di pasaran terbuka. Selain Bursa Malaysia, broker saham juga mempunyai maklumat mengenai Tawaran Awam Awal.

Syarikat-syarikat yang telah disenaraikan juga boleh mendapatkan wang tambahan di pasaran saham dengan menawarkan pemegang saham sedia ada peluang untuk membeli lebih banyak saham dalam syarikat itu. Sebagai contoh, sebuah syarikat tersenarai yang ingin mengumpul modal tambahan mungkin mengeluarkan satu saham baru pada 5sen setiap satu bagi setiap tiga saham pelabur yang sedia ada memiliki.

Apabila anda membeli saham, anda membeli saham dalam syarikat itu dan anda memiliki peratusan syarikat itu. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda menerima keuntungan dalam bentuk dividen. Biasanya, jumlah saham yang telah dikeluarkan didarab dengan harga saham yang memberikan kita nilai syarikat tersebut.

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2015-01-16T22:40:21+00:00 January 16th, 2015|Saham|1 Comment

One Comment

  1. Hasrul Hassan April 19, 2017 at 5:59 am - Reply

    Hmm saya pun baru nak belajar mengenai cara nak main saham ni .. terima kasih atas infonya

Leave a Reply