Categories

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

//Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Jika anda sedang mencari  Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 maka anda telah sampai ke tempat yang betul.

Kebarangkaliannya besar anda sudah menerima SMS atau telah menyemak keputusan di laman web SPA sama ada anda telah menjadi calon untuk mendudui peperiksaan ini. Maka oleh hal demikian anda mencari di Google ayat-ayat dibawah:

 

ataupun kemungkinan anda juga sedang mencari “Soalan bocor Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27″. 

Bagi calon yang akan menduduki peperiksaan ini, ianya akan dijalankan secara online pada 5 Ogos 2014, lebih kurang seminggu selepas raya.

Oleh hal demikian, jika anda calon yang terlibat, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang baik bagi mengelakkan masalah ketika cuba untuk mengakses ataupun sedang menjawab soalan peperiksaan.

Jika anda belum menerima SMS atau menyemak keputusan, anda boleh semak di pautan di bawah status permohonan anda.
Semakan Online : SPA (Penolong Penguasa Kastam W27)

Untuk makluman, peperiksaan Pen. Peg. Kastam w27 akan dibuat secara online. Jika anda tidak pernah mengambil sebarang peperiksaan SPA secara online, anda boleh rujuk video dibawah:

 

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27

Seksyen A (Pengetahuan Am)
Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan

Soalan pada bahagian ini lebih menjurus kepada soalan berkaitan pengetahuan am di mana calon diuji berdasarkan soalan yang lebih global daripada fakta sebenar.

Negara apakah yang memenangi Sukan Olimpik 2012?
A – Jepun
B – China
C – Amerika Syarikat
D – Soviet

Seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah)
Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan

Bahagian B ini pula akan menguji tahap kreativiti, matematikal dan logikal fikiran calon dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu situasi. Soalan biasanya agak mengelirukan bagi sesetengah orang.

1-contoh soalan penolong penguasa kastam w27

Soalan-soalan di atas memerlukan calon berfikir bagai di luar kotak pemikiran biasa dan calon dinasihatkan agar tidak memandang rendah dengan jenis soalan kerana soalan biasanya tampil dengan pelbagai helah untuk mengelirukan calon.

2-contoh soalan penolong penguasa kastam w27

Section C (Ujian Phycometrix)

Pada bahagian ini, anda akan disoal mengenai personaliti diri dan sahsiah untuk diuji mengenai samada anda jujur ataupun tidak. Soalan ini mungkin agak mudah, cumanya jangan tunjukkan sifat negatif anda. Jujur di sini bermaksud soalan biasanya akan di ‘twist’ supaya calon berlaku tidak jujur seperti :

Soalan pertama anda menjawab TIDAK, kemudian soalan yang sama cuma berbeza cara penyampaian sahaja tetapi anda mengubah jawapan kepada YA. Jadi di sini anda sudah tidak berlaku jujur dalam menjawab soalan. Soalan mudah, tetapi jangan sampai terpedaya.

Nak Soalan Bocor Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam?

Mana mungkin terdapat soalan bocor, tetapi soalan Latih Tubi, anda boleh dapati di sini.

Ianya disdiakan oleh tim InfoKerjaya yang telah bertahun-tahun menyediakan soalan latih tubi dan rujukan untuk bakal calon penjawat awam menghadapi temuduga dan peperiksaan. Mereka telah menolong lebih dari 60,000 orang menduduki peperiksaan SPA dari lulus temuduga PTD hinggalah peperiksaan untuk jawatan jururawat.

Antara isi kandungan Rujukan tersebut adalah seperti berikut:

  • Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27.
  • Info dan maklumat Penolong Penguasa Kastam Gred W27
  • Panduan dan rujukan Peperiksaan Penolong Penguasa Kastam W27

UPDATE 30hb Julai 2014

Saya telah berbingcang dengan Tim Info Kerjaya untuk mendapatkan beberapa soalan contoh yang anda boleh rujuk. Mereka juga dengan sukacitanya telah memberikan satu Review Copy buku Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam w27 yang anda boleh muat turun dengan mengisi borang dibawah:

 

 

 

Maklumat Kelayakan Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

 

Kumpulan: Sokongan
Kem/Jab: Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia
Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,367.00 RM5,098.00 RM145.00
Syarat Lantikan:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ]
iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ]
iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Deskripsi Tugas :
i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
vi. menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.

 

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2014-07-28T23:56:34+00:00 July 24th, 2014|Review Produk|0 Comments

Leave a Reply