Categories

Bagaimana Untuk Mencari Program Affiliate?

//Bagaimana Untuk Mencari Program Affiliate?

Bagaimana Untuk Mencari Program Affiliate?

Sebelum mula membina sebuah laman web untuk produk affiliate, terlebih dahulu anda perlu mencari dan memilih program affiliate yang sesuai. Dalam perkongsian ini, anda akan diperkenalkan dengan beberapa laman web yang menawarkan program affiliate. Anda akan diperkenalkan dengan ClickBank, salah satu affiliate network terbesar di internet untuk produk antarabangsa dan juga JomNiaga, affiliate network tempatan. Apakah sebenarnya affiliate network?

Pengenalan kepada Affiliate Network

Affiliate network adalah boleh dikatakan sebagai satu pusat atau hub antara merchant dan affiliate. Jaringan perhubungan ini yang bertanggungjawab untuk menguruskan pembayaran daripada pelanggan, menyelia dan membayar komisyen affiliate.

Jika anda ingin mula mencari produk affiliate untuk dipromosikan, terpat terbaik adalahaffiliate network kerana mereka mempunyai direktori dimana anda boleh mencari pelbagai produk digital dan fizikal untuk dicari. 

Contoh affiliate network tempatan: JomNiaga.com

JomNiaga adalah salah satu affiliate network tempatan untuk produk digital dan juga fizikal (lebih banyak produk digital). Komisyen untuk produk digital biasanya adalah diantara 50 hingga 70 peratus. Lebih tinggi daripada produk fizikal.

Ini biasanya disebabkan produk digital tidak mempunyai kos pembuatan seperti produk fizikal dan tidak melibatkan orang tengah.

Jika anda klik pada “Marketplace”, anda akan dibawa ke direktory produk-produk affiliate mengikut pelbagai kategori.

jomniaga

 Untuk mendapatkan link Affiliate, anda terlebih dahulu perlu mendaftar.Tujuannya adalah untuk mendapatkan “Affiliate ID”  untuk anda melakukan promosi kelak. Prosesnya amat mudah, hanya perlu mengisi borang seperti dibawah dan hantar. Kemudian anda hanya perlu mengikuti langkah yang dinyatakan.

daftar_jomniaga

 

Apabila anda telah mendapatkan affiliate ID, anda sudah boleh mula mempromosikan produk affiliate yang berada dalam JomNiaga.

Untuk memastikan anda mendapat komisyen daripada produk yang anda promosi, pastikan anda menggunakan link affiliate yang disediakan seperti contoh dibawah:

jomniaga_linkaffiliate

 

Selain JomNiaga, anda juga boleh mencari produk affiliate di KlikJer.com.

Affiliate Network Antarabangsa

Bagi pasaran antarabangsa, Network affiliate yang digemari oleh affiliate adalah ClickBank. Clickbank adalah affiliate network terbaik untuk produk digital. Komisyen yang anda terima adalah dalam matawang USD dengan komisyen diantara 50 hingga 75 peratus.

clickbank

Jika produk digital bukan minat anda, terdapat juga produk fizikal yang ditawarkan oleh Amazon.com. Walaubagaimanapun, komisyen yang diterima adalah diantara 2 hingga 8 peratus sahaja.

amazon

Selain itu terdapat juga:

dan bermacam-macam lagi network affiliate.

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2013-09-28T11:49:31+00:00 September 23rd, 2013|Pengenalan Affiliate|1 Comment

One Comment

  1. […] Teruskan bacaan: […]

Leave a Reply