Categories

FCPO Alternative Kepada Forex Yang Patuh Syariah

//FCPO Alternative Kepada Forex Yang Patuh Syariah

FCPO Alternative Kepada Forex Yang Patuh Syariah

FCPO, ALTERNATIF FOREX YANG PATUH SYARIAH

Apa nak buat jika anda ada RM10,000? Anda boleh buat perlaburan di ASB atau mutual fund, tetapi pulangannya kecil dan mengambil masa. Anda boleh melabur saham di Bursa Saham. Pulangan besar, tetapi mengambil masa.

Atau

Anda boleh buat Forex trading, pulangannya besar dan lebih pantas dari pelaburan di ASB atau saham.

PERHATIAN, Bukan pelaburan forex skim cepat kaya yang dianjurkan oleh pihak ketiga yang menjanjikan pulangan tetap setiap bulan, tetapi jual beli matawang melalui platform atau broker yang berdaftar.

Walaubagaimanapun, jika anda seorang yang menitik-beratkan hukum agama, anda akan dapati forex mempunyai “Grey area” (jika anda was-was maka haram bermain forex).

Jadi, apa pilihan yang ada?

Alternatif yang terbaik, FCPO

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah atau Futures Crude Palm Oil (FCPO) adalah Produk derivatif komoditi di Bursa Malaysia.

Juga dikenali sebagai insturmen Derivatif yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai satu medium pelaburan dengan tujuan ‘lindung nilai’ komoditi sawit itu sendiri dan pelbagai tujuan lain lagi.

Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:

“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio pelaburan. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Secara ringkasnya

FCPO adalah Pasaran hadapan (futures) minyak kelapa sawit mentah (crude palm oil). Produk derivatif komoditi di Bursa Malaysia.

Jenis Pasaran sawit mentah yang fizikal. Pasaran hadapan adalah pasaran hutang. Sebab kita tidak beli minyak sawit mentah itu secara tunai. Kalau beli tunai, sama macam kita beli minyak masak dekat pasar raya.

Sebelum melalukan trading, anda perlu buka margin account yang berbeza dengan akaun jual beli saham, melalui syarikat futures broker yang sah.

Modal, seperti mana-mana pelaburan, bergantung kepada margin yang ditetapkan. Contohnya, jika daily margin RM 5,000, maka sekurang-kurangnya RM 5,500 diperlukan untuk beli 1 kontrak. (RM500 adalah buffer)

 Jika hendak beli 2 kontrak, maka modal yang diperlukan adalah RM 11,000. Tidak termasuk kos brokerage dan lain-lain yuran.

Margin, Sekuriti deposit. Seperti forex, anda perlu ada duit minimum mengikut jumlah (maintenance margin) yang ditetapkan. Jika rugi dan modal jatuh di bawah keperluan margin, maka akan kena margin call.

Leverage. Jika forex mempunyai leverage, FCPO tidak ada. RM1 bersamaan dengan 1 tan metreik dan 1 kontrak bersamaan 25 tan metrik saham. 1 tick untung ruginya adalah RM 25.

Andaikan satu 1 tan metrik berharga RM 2,500. Untuk membeli 25 tan metrik, maka perlu bayar RM 62,500. Tapi dengan pasaran hadapan cuma perlu memenuhi margin sebanyak RM 5,000 sahaja. Yang mana full settlement RM 62,500 itu perlu dibuat pada T+90 misalnya.

Sebab itu pasaran hadapan adalah sejenis pasaran hutang / pasaran bertangguh.

Untung, Speculative gain sahaja. FCPO ada 2 ways market, boleh buat untung masa pasaran naik dan menurun. Long. Short.

Spread, Teknik arbitrage. Boleh dilakukan. Keperluan margin pun adalah lebih rendah.

FCPO, Status Patuh Shariah. Hukum Melabur dalam Pasaran Hadapan CPO & FKLI

Kesimpulannya, Jika anda mahukan alternatif pelaburan forex di internet yang Shariah compliant, maka FCPO barangkali sesuai untuk anda. Kemahiran yang anda perolehi dari forex trading, boleh digunakan dan diaplikasikan untuk trade FCPO. Konsep, teknik, strategi yang digunakan hampir atau serupa dengan di forex.
Anda tidak akan berasa kekok apabila berpindah dari forex ke FCPO.
Jika anda perlukan guide untuk membuka akaun FCPO, saya cadangkan anda dapatkan TraderElite Oleh Wafi Azian.
.

SEBARKAN ARTIKEL INI

LAGI INFO PENGUASA KASTAM
PILIH DIBAWAH

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2017-02-08T04:25:22+00:00 February 6th, 2017|Pelaburan|0 Comments

Leave a Reply