Categories

Exam Penguasa Kastam W41| 5 Tips-Tips Persediaan

//Exam Penguasa Kastam W41| 5 Tips-Tips Persediaan

Exam Penguasa Kastam W41| 5 Tips-Tips Persediaan

Tips-tips persediaan sebelum menghadadapi Peperiksaan Penguasa Kastam W41

Seperti sedia maklum, Exam Penguasa Kastam W41 akan diadakan pada 6 September 2014. Calon-calon peperiksaan yang telah menerima panggilan di kehendaki mengambil peperiksaan secara online.

[+] Dapatkan Nota untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41 jika ingin lulus exam

1. Semak Jadual.

Menyemak jadual peperiksaan dapat menentukan masa yang cukup untuk membuat latih tubi penguasa kastam. Membuat latihan dan ulang kaji soalan-soalan contoh penguasa kastam dapat membantu anda lulus peperiksaan penguasa kastam gred W41.

Apabila anda telah menenerima surat tawaran, jangan lupa semak kalender anda dan pastikan tarikh peperiksaan yang dijalankan tidak bertembung dengan sebarang aktiviti. Pastikan juga tarikh tersebut bebas dari sebarang program penting untuk mengelakkan gangguan.

2. Kunci Peperiksaan

Kunci kejayaan menjawab soalan peperiksaan adalah sentiasa membuat ulangkaji yang berterusan. Ulang kaji dengan membuat latih tubi dapat membantu mengingatkan pelajaran yang lalu. Walaupun ia akan menjemukan tetapi ia akan membantu anda menjawab soalan-soalan exam penguasa kastam kelak.

3. Banyak Mengingati dan membuat kaitan

Exam Penguasa Kastam W41 sebenarnya amat mudah untuk dijawab jika anda dapat mengingati dan membuat kaitan. Apabila anda sentiasa membuat soalan latihan, anda dapat menguatkan ingatan terhadapat jawapan dan kaedah penyelesaian soalan. Terdapat pelbagai teknik untuk menguatkan ingatan dan membuat kaitan. Terpulang dengan anda teknik yang hendak anda gunakan.

4. Merancang Persiapan Peperiksaan.

Sebelum peperiksaan dijalankan pada beberapa hari yang akan datang, buat satu jadual khas untuk membuat latih tubi. Anda harus memanfaatkan dan mengambil peluang masa yang ada untuk membaca nota ringkas yang disediakan. Nota ringkas perlu disediakan supaya anda dapat mengulangkaji pada bila-bila masa.

Jaga kesihatan anda supaya anda dapat menjawab soalan dengan penuh tumpuan dan fokus semasa peperiksaan dijalankan nanti. Tidur secukupnya supaya badan anda segar sentiasa. Begitu juga dengan penjagaan makanan. Ianya haruslah makanan yang seimbang. Makanan yang seimbang dapat membantu memberikan tumpuan dan meningkatkan daya ingatan.

Pada hari peperiksaan pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya pada malam sebelumnya supaya anda tidak lewat bangun dan terlepas peperiksaan.

Pastikan komputer dalam keadaan yang baik begitu juga dengan sambungan internet. Ini untuk mengelakkan komputer “hang” semasa anda menjawab soalan.

5. Berdoa dan Bertawakal.

Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T sebelum peperiksaan dan selepas peperiksaan penguasa kastam gred W41. Tujuanya supaya kita yakin dengan usaha yang dicurahkan kerana doa adalah salah satu senjata untuk menambahkan semangat untuk belajar dan juga menambah keyakinan semasa peperiksaan dijalankan nanti.

 

[+] Dapatkan Nota untuk Peperiksaan Penguasa Kastam W41 jika ingin lulus exam

[PEMBERITAHUAN]

Semakan Panggilan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41

Anda boleh menyemak status panggilan Peperiksaan Online Penguasa Kastam W41 di sini:

http://e-semakan.spa.gov.my/

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2014-08-31T11:56:43+00:00 August 23rd, 2014|Kerjaya|1 Comment

One Comment

  1. Akmal Zaidi August 24, 2014 at 6:08 am - Reply

    Terbaik, kepada calon SPA Penguasa Kastam W41, jangan lupa latih tubi untuk exam kali ini ya, ualngkaji betul-betul contoh soalan penguasa kastam w41 yang diberikan tu.

Leave a Reply