Categories

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

///Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Contoh Soalan Peperiksaan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Adakah anda sedang mencari contoh soalan peperiksaan penolong akauntan gred w27? Artikel ini berkongsi beberapa contoh soalan peperiksaan. Teruskan membaca.

Pengenalan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penolong Akauntan Gred W27. Peperiksaan ini melibatkan dua (2) kertas berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas.

Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada kertas tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

 

[+] Dapatkan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Panduan Umum

  1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa: i) Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan. ii) Kad Pengenalan iii) Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.
  2. Calon perlu mematuhi arahan Ketua Pengawas.
  3. Calon perlu berada di tempat duduk lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan.
  4. Calon dilarang berkomunikasi dengan calon-calon lain. Sila angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
  5. Calon hanya boleh meninggalkan pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.
  6. Jawapan hendaklah dibuat dalam: i) Kertas OMR – bagi Seksyen A dan B Nombor Kad Pengenalan pada kertas jawapan hendaklah sama seperti dalam Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan.
  7. Rujukan kepada mana-mana bahan adalah tidak dibenarkan.
  8. Calon mesti berpakaian kemas, sopan, dan tidak menjolok mata. 10. Penggunaan mesin kira adalah tidak dibenarkan.

Peperiksaan Penolong Akauntan W27  akan dijalankan secara online. Maka panduan diatas tidak sesuai untuk digunapakai.

Sukatan Peperiksaan

Ujian ini mengandungi dua seksyen iaitu:

  1. i) Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Bahagian 1

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit

Bilangan Soalan : 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dalam negara dan perkembangan semasa. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Contoh Soalan Penolong Akauntan W27:

1. Manakah antara berikut merupakan butiran aset dalam Kunci Kira-kira?

I Tunai
II Kenderaan
III Penghutang
IV Modal Kerja

A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

Jawapan: C

2. Manakah dokumen yang menjadi sumber Buku Tunai?

A. Invois
B. Nota Debit
C. Pesanan Belian
D. Baucar Bayaran

Jawapan: D

[+] Dapatkan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit

Bilangan Soalan : 40

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang paling tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Penolong Akauntan W27:

1. Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Contoh Soalan Exam

A.64
B. 54
C. 49
D. 4

Jawapan: B

Teknik Menjawab: Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54

2. Apakah bentuk berikutnya?

Penolong Akauntan W27 Contoh Soalan Peperiksaan

Jawapan: C

Teknik Menjawab: Bermula satu garis seterusnya tambah menjadi dua, tiga dan empat.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Akauntan 

1. Jadual berikut menunjukkan bilangan pengunjung ke sebuah taman tema pada cuti Hari Malaysia tahun lepas. Sekiranya seorang pengunjung dipilih secara rawak, cari kebarangkalian pengunjung yang dipilih adalah seorang kanak-kanak

Penolong Akauntan Contoh Soalan Peperiksaan

Jawapan: B

Teknik Menjawab:

Jumlah pengunjung = 52 + 68 + 104 + 136 = 360 orang
Jumlah pengunjung kanak-kanak = 104 + 136 = 240 orang
Kebarangkalian pengunjung kanak-kanak dipilih = 240/360 = 2/3

2. Data di bawah menunjukkan bilangan pelanggan yang datang ke kedai serbaneka dari lima buah taman berhampiran pada satu bulan

Penolong Akauntan Contoh Soalan Peperiksaan

Cari nilai kebarangkalian bagi seseorang pelanggan dari Taman Mewah yang datang ke kedai serbaneka tersebut.

A. 18/33
B. 8/35
C. 8/33
D. 3/8

Jawapan: C

Teknik Menjawab:

penerangan : 4000 / 4500 + 2300 + 2200 + 4000 + 3500 = 8/33

iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Contoh Soalan:

1. 8 pasukan bola sepak mengambil bahagian dalam sebuah pertandingan. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah permainan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

Jawapan: A

Teknik menjawab:

8 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mesti bertemu antara satu dengan lain. Oleh itu, setiap pasukan perlu bermain sebanyak 7 kali. Ini bermakna terdapat 56 permainan. Tetapi setiap pasukan bertemu dengan pasukan lain hanya sekali, untuk mengelakkan pengiraan dua kali maka jumlah permainan ialah ((8×7)/2) = 28

2. Terdapat 40 orang penuntut dalam sebuah kelas. 90% daripada mereka telah mengambil peperiksaan dan 3/4 daripadanya telah lulus. Berapakah bilangan penuntut yang lulus?

A. 36
B. 33
C. 30
D. 27

Jawapan: D

Teknik Menjawab:

90% daripada 40 orang penuntut = 36 orang 3/4 daripada 36 orang penuntut = 27 orang

[+] Dapatkan Nota Rujukan dan Contoh Soalan Peperiksaan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Contoh Soalan Psikometrik SPA

Berikut adalah antara contoh soalan yang ditanya dalam seksyen psikometik peperiksaan SPA. Ia tidak susah namun ada kalanya boleh mengelirukan calon.

1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.

A. Ya B. Tidak

2. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.

A. Ya B. Tidak

3. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.

A. Ya B. Tidak

4. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.

A. Ya B. Tidak

5. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.

A. Ya B. Tidak

6. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.

A. Ya B. Tidak

7. Kita harus bekerjasama untuk mencapai kejayaan jika bekerja secara berkumpulan.

A. Ya B. Tidak

8. Saya hanya berucap di khalayak ramai jika diberi peluang.

A. Ya B. Tidak

9. Apabila perlu membimbing orang lain menjalankan tugas saya berasa kurang senang.

A. Setuju B. Tidak setuju

10. Apabila melakukan pekerjaan berkumpulan segala tindakan perlulah mendapat persetujuan dari ketua kumpulan.

A. Setuju B. Tidak setuju

11. Apabila memuji orang bawahan, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang memalukan.

A. Setuju B. Tidak setuju

12. Mereka yang ditimpa kemalangan membuatkan saya berasa simpati apabila mereka melakukan kutipan derma.

A. Setuju B. Tidak setuju

13. Apabila ada tugas yang perlu membimbing orang saya berharap agar saya tidak diberi tugasan tersebut.

A. Setuju B. Tidak setuju

14. Bila bersama dengan orang lain, saya tidak merasa selesa.

A. Ya B. Tidak

15. Saya sering berharap agar dapat berkhidmat dengan penuh kegembiraan setiap hari.

A. Setuju B. Tidak setuju

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Nasihat-nasihat berikut diharap dapat membantu calon-calon dalam peperiksaan ini.

Soalan Objektif

(Soalan-soalan di dalam Seksyen A dan B)

a. Calon perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan juga meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab kerana berada di luar bidang pengkhususan. Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab, calon dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus menjawab soalan-soalan berikutnya. Apabila masa mengizinkan, kembali kepada soalan tersebut.

b. Soalan objektif adalah soalan aneka pilihan di mana empat (4) opsyen jawapan dikemukakan dan calon perlu memilih satu (1). Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat. Apabila membaca dan mengkaji kesemua opsyen yang dikemukakan kerana yang diperlukan adalah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, opsyen jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang tepat.

 

www.jaringniaga.com

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2015-10-12T14:40:41+00:00 October 10th, 2015|Contoh Soalan Peperiksaan Online, Kerjaya|0 Comments

Leave a Reply