Categories

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi Gred S41

//Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi Gred S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi Gred S41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Psikologi S41; Adakah anda mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan jawatan Pegawai Psikologi s41? Jika jawapan anda ya, teruskan membaca.

Peperiksaan yang bakal dijalankan pada 25 Mac 2015 mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pihak SPA bakal diduduki oleh individu-individu yang ingin memajukan diri kehadapan untuk memikul jawatan yang lebih tinggi. Jika Anda membaca artikel ini, anda salah seorang daripada beribu-ribu calon.

Seperti mana-mana peperiksaan, persediaan perlu dilakukan untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Begitu juga untuk Peperiksaan Pegawai Psikologi S41Sehubungan itu, bagi memudahkan dan membantu calon-calon, berikut adalah contoh soalan peperiksaan pegawai psikologi S41.

[+] >>Dapatkan Nota Rujukan Lengkap Serta Tips Dan Panduan Peperiksaan Pegawai Psikologi Gred S41 Disini

 

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41

ARAHAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN PEGAWAI PSIKOLOGI S41

  1. Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:
    a. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
    b. Kad Pengenalan
    c. Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang difikirkan perlu.
  2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan tiga puluh (30) minit sebelum Peperiksaan dimulakan.
  3. Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
  4. Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau pertanyaan.
  5. Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas peperiksaan dimulakan.
  6. Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum hari peperiksaan.
  7. Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
  8. Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua Pengawas.

PANDUAN UMUM KEPADA CALON PEPERIKSAAN PSIKOLOGI S41

Peperiksaan ini mengandungi dua (2) bahagian iaitu Kecenderungan dan Psikologi, iaitu:

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN
Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C – Esei Bahasa Melayu
Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris
Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan hal-hal yang berkaitan dengan bidang psikologi, bidang teknologi maklumat & komunikasi, pengurusan sumber manusia dan organisasi, perancangan dan pentadbiran sosial, dan lain-lain perkembangan semasa.

Item yang disediakan mempunyai cakupan yang luas. Item akan ditarafkan kepada pengetahuan dalam bidang psikologi yang sepatutnya diketahui oleh calon-calon yang berkelayakan dalam bidang tersebut.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PSIKOLOGI:

1. Di antara tingkah laku berikut, yang manakah tingkah laku bermasalah?

A Ingin tahu
B Cepat belajar
C Hiperaktif
D Pintar cerdas

Jawapan : C

2. Komunikasi lisan yang biasa digunakan dalam kaunseling ialah

I dorongan minima
II parafrasa
III ‘contact’ mata
IV nada suara

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV
Jawapan : A3

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini calon-calon pegawai psikologi s41 dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data

Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.

(iii) Konsep Matematik

Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif yang sesuai dengan tugas sebagai Pegawai
Psikologi. Asas-asas Matematik yang digunakan adalah tidak melebihi sukatan pelajaran tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia). Oleh yang demikian, adalah dianggap tahap kesukaran sesuai untuk semua calon kerana telah melalui tingkatan 5.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 30

CONTOH SOALAN:
1 Jadual di bawah menunjukkan jualan empat orang peniaga pasar malam.

contoh-soalan-exam-pegawai-psikologi-s41

 

 

 

 

Jika purata jualan empat orang peniaga ialah RM1 600, berapakah jualan Zamani?
A RM6 400
B RM4 250
C RM2 650
D RM2 150
Jawapan : D

2. Apakah bentuk yang berkaitan dengan susunan berikutnya?

contoh-soalan-peperiksaan-pegawai-psikologi-s41

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawapan : B

Seksyen C – Esei Bahasa Melayu

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :

Perniagaan pinjaman wang secara haram menjejaskan keharmonian masyarakat dan negara. Bincangkan punca orang ramai meminjam wang dari ‘Along’ serta kesannya kepada individu, keluarga dan masyarakat.

Seksyen D – Esei Bahasa Inggeris

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.

Soalan : Tiga (3) Soalan Pilih Satu (1)
Masa : 1 jam
Markah : 20
Panjang Esei : Bebas

CONTOH SOALAN :

Cases of domestic violence is back on the rise in our country. This worrying phenomenon needs serious attention. Discuss possible reasons for the rise and suggest ways to curb the problem.

BAHAGIAN II – PSIKOLOGI
Penaksiran Personaliti
Masa – 45 minit
Bilangan soalan – 185 soalan

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2015-03-20T01:12:21+00:00 March 18th, 2015|Kerjaya|0 Comments

Leave a Reply