Categories

BHG#1: 8 Kesilapan Kritikal Ketika Temuduga

///BHG#1: 8 Kesilapan Kritikal Ketika Temuduga

BHG#1: 8 Kesilapan Kritikal Ketika Temuduga

8 Kesilapan KRITIKAL semasa temuduga

Kesilapan #1

Ianya adalah ‘jerat’ oleh penemuduga. Calon yang ditanya soalan ini perlu berhati-hati;

>>> Kenapa anda mahu bertukar kerja?
>>> Kenapa anda bertukar kerja?
>>> Kenapa anda anda selalu bertukar kerja?

Semua soalan itu adalah sama, bergantung kepada status pekerjaan anda. Percayalah, kebiasaannya jawapan yang diberikan oleh calon adalah yang negatif mengenai majikan lama seperti;

– Majikan tak profesional
– Masalah pengurusan majikan lama
– Masalah gaji kerja lama
– Masalah suasana kerja yang tak kondusif
… masalah bla bla bla bla… tempat kerja lama

Ya lah, kalau tak ada masalah takkan calon tersebut mencari kerja baru kan? Yang lebih ‘bijak’ (kurang), calon akan menambah ayat ini selepas perkataan negatif mengenai tempat kerja lama diatas;

>>> Tapi saya yakin Syarikat Tuan lebih
baik dari tempat kerja lama saya

Adakah anda rasa pernyataan seperti itu akan membuatkan penemuduga (bakal majikan baru) gembira dengan anda? Mungkin ya, tetapi besar kemungkinan penemuduga akan membuat nota tambahan pada resume anda dengan 5 HURUF ini; G.A.G.A.L

Kenapa?

– Adakah anda boleh menjaga nama baik syarikat?
– Masalah kurang ‘profesional’ pada sikap
– Peribadi anda menjadi satu persoalan

… dan mungkin lebih teruk lagi, penemuduga akan menghubungi syarikat lama anda untuk mendapat lebih maklumat mengenai anda. HABIS!

Berhati-hati semasa menjawab soalan sebegini, berikan respons yang POSITIF tanpa memburukkan
majikan lama. Adalah lebih baik jika anda menonjolkan kekuatan anda seperti “Saya mahu meneroka cabaran baru”
atau yang seumpama dengannya.

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2015-03-20T01:40:53+00:00 January 8th, 2015|Kerjaya, Temuduga|0 Comments

Leave a Reply