Categories

8 Cara Mudah Untuk Tambah Followers Instagram Tanpa Menggunakan Robot

/, Instagram/8 Cara Mudah Untuk Tambah Followers Instagram Tanpa Menggunakan Robot

8 Cara Mudah Untuk Tambah Followers Instagram Tanpa Menggunakan Robot

Instagram pada asalnya dianggap sebagai sebagai aplikasi picisan, sekadar untuk mengambil gambar dengan pelbagai filter untuk mencantikan gambar biasa. Siapa sangka, kini ia telah menjadi salah satu daripada gergasi media sosial yang serius dalam pemasaran content, networking dan alat untuk membina audiens bagi individu dan jenama-jenama besar. Peluang untuk anda tambah followers instagram lebih tinggi dari facebook.

Dengan kira-kira 200 juta pengguna aktif sebulan, berkongsi lebih 60 juta imej dan 1.6 billion likes sehari, Instagram menurut kajian Forester 2014, kadar interaksi adalah 58 kali ganda lebih tinggi daripada facebook dan jaringan media sosial yang lain.

Dengan data seperti yang dinyatakan, amat rugi jika tidak mengambil kesempatan untuk menambah dan membina ratus ribu followers yang setia. Tidak kira apa tujuan, sama ada untuk meningkatkan populariti atau untuk tujuan perniagaan bagi melariskan jualan, pelantar ini tidak seharusnya diketepikan dan ia perlu dimasukkan kedalam kempen anda membina ratus ribuan followers.

statistik instagram

Walaupun telah jelas dan nyata interaksi di Instagram lebih tinggi, ia tidak menyatakan bagaimana anda hendak eksplotasikan maklumat tersebut membina ratus ribuan followers. Anda masih dalam kegelapan. Oleh sebab itu artikel ini akan berkonsikan dengan anda bagaimana hendak menambah followers Instagram tanpa menggunakan perisian automasi yang belum tentu memberikan anda followers yang berkualiti dan targeted.

Jom baca teknik-teknik yang anda boleh gunakan untuk menambahkan followers Instagram menggunakan sepenuhnya fungsi-fungsi yang sedia ada dalam Instagram yang mungkin anda tak terfikir boleh dieksplotasikan pada masa yang sama, meningkatkan visibility dan interaksi.

1. Tambah Followers Instagram Dengan Pelbagaikan Saluran Hashtag Utama.

pelbagaikan saluran tambah followers instagram

Khususkan satu hashtag untuk diri anda atau perniagaan. Contohnya anda menggunakan #PetalaLangitInfiniti. Buat masa ini, hanya anda seorang sahaja yang tahu hashtag tersebut. Jadi, bagaimana anda hendak gunakan sepenuhnya untuk menambakan followers? Letakkan dimana sahaja anda boleh letakkan, terutamanya di profil. Jika anda ada akaun media sosial yang lain, masukan hashtag tersebut.

Jika anda menjalankan kempen pemasaran email, masukkan #PetalaLangitInfiniti kedalam siri email. Letakan pada juga pada premis perniagaan, kalau boleh pada papan tanda kedai. Begitu juga jika anda menjalankan kempen tv dan radio, sebutkan sebanyak yang mungkin sampai melekat dalam kepala. Orang ramai tidak akan tahu hashtag tersebut jika anda tidak mempromosikannya..

2. Tambah Followers Instagram Dengan Hasilkan Hashtagging Yang Kreatif

hashtag tambah followers instagram

Masih lagi menggunakan hastagging, tetapai mengenggunakan dengan kreatif dalam setiap post. Gunakan ayat yang lebih dari satu berbanding dan masukkan elemen-elemen jenaka, ironis, memeranjatkan, kontroversi dan sebagainya. Elakkan menggunakan ayat-ayat biasa yang tidak menarik dan membosankan. Kemudian, promosikan hastag tersebut seperti strategi yang pertama tetapi tidak membayangi hashtag utama.

3. Tambah Followers Instagram Dengan Guna Hashtag Yang Trending Dan Popular.

trending tambah followers instagram

 

Salah satu lagi cara yang anda boleh guna untuk menambahkan followers anda adalah menggunakan hashtag yang trending. Seboleh-bolehnya gunakan hashtag yang ada kaitan dengan perniagaan anda. Contohnya anda seorang fotografer dan anda menjalankan perniagaan Fotografi Perkahwinan.

Antara keyword hashtag yang anda boleh gunakan adalah seperti #swafoto, #OOTD, #gettingmarried dan sebagainya. Pada masa yang sama, masukkan kedalam post anda dan aplikasikan strategi membina followers yang kedua.

4. Tambah Followers Instagram Dengan Gunakan Sebaik-baiknya Link URL

link tambah followers instagram

Satu-satunya tempat yang boleh anda masukkan link adalah pada profile anda. Tidak ada tempat lain yang anda boleh masukkan link yang boleh diklik kecuali di profile, menjadikan ia satu lokasi yang penting. Daripada anda gunaknnya sebagai link ke laman utama website, apa kata anda update link tersebut dan hubungkan ke blogpost yang paling hangat mendapat sambutan atau gambar anda yang paling popular. Letakkan “call to action” supaya followers anda akan klik link tersebut.

5. Tambah Followers Instagram Dengan Kapsyenkan Gambar Dengan Cerita Yang Menarik

caption tambah instagram followers

Apa yang membuatkan suatu gambar mudah untuk mendapat likes dan share adalah olahan dan cerita disebalik gambar. Kata orang, sebuah gambar mempunyai seribu makna. Lain orang, lain cerita. Oleh hal demikian, untuk selaraskan cerita disebalik gambar supaya semua followers bersatu hati, anda perlu ceritakan kejadian gambar dalam bentuk “storytelling”.

Lebih menarik penceritaan anda, lebih mudah untuk mendapat likes, komen dan share. Formula matematiknya senang, lebih banyak likes maka lebih ramai orang akan yakin dengan kredibiliti dan akan follow anda. Begitu juga shares. Lebih banyak shares maka lebih viral post anda nanti. Hasilnya, orang akan likes, kredibiliti anda meningkat dan lebih ramai orang akan follow.

6. Tambah Followers Instagram Dengan Hendap Akaun Instagram Individu Berpengaruh

tambah instagram followers

Lawat profil setiap individu yang berpengaruh dalam bidang anda. Mereka ini adalah individu yang mempunyai followers “kipas-susah-mati” yang akan buat apa yang dicadangkan oleh individu tersebut jika memberi manfaaat kepada mereka. Anda mahu followers individu tersebut. Dan caranya adalah follow individu tersebut dan menghidupkan post notifikasi, (Turn On Post Notifications) untuk menerima notifikasi setiap kali individu tersebut berkongsi post terkini.

post notification caption tambah instagram followers

Dari situ, anda boleh berinteraksi dengan mereka secara kerap untuk mendapatkan perhatian mereka. Kesannya nanti, mereka akan follow anda seandainya post instagram yang anda lakukan menarik perhatian. Berkemungkinan juga mereka akan share post anda. Ingat, post mereka sangat berpengaruh dan boleh memindahkan followers mereka untuk follow anda.

7. Tambah Followers Instagram Dengan Tonjolkan Gaya Instagram Anda Tersendiri.

kreativiti caption tambah instagram followers

Dalam dunia instagram, jika mahu menambahkan followers dengan mudah, gaya dan tema memainkan peranan. Jika instagram anda kelihatan menarik dengan tema warna tertentu, penggunaan gambar yang menarik dan profesional, dengan mudah orang akan follow anda kerana akaun anda menarik perhatian berbanding dengan akaun yang hentam keromo.

Oleh hal demikian, rancang dan tentukan gaya dan arah tuju akaun anda supaya kelihatan menarik dan tertarik.

8. Tambah Followers Instagram Dengan Jangan Lupa “Call To Action”

call to action caption tambah instagram followers

Call To Action adalah satu arahan untuk pembaca bertindak. Instagram sama seperi media sosial yang lain adalah satu platform perbualan dua hala. Jika anda mahu ada nya interaksi, anda perlu maklumkan atau memberi arahan kepada pembaca untuk bertindak. Jika tidak, post-post yang ada lakukan tidak akan mendapat maklum balas dari segi komen, share dan likes. Jika anda mahukan post-post anda menjadi viral, maka anda perlu arahkan pembaca untuk bertindak.

Itu adalah antara teknik-teknik dan strategi yang anda boleh gunakan untuk membina dan menambahkan jumlah followers dengan syarat, anda mengaplikasikan teknik-teknik yang dinyatakan secara konsisten. Kejayaan anda bergantung kepada usaha yang anda curahkan. Jika anda mahu, maka anda perlu kejar. Teknik-teknik yang dinyatakan memerlukan kerja keras dari anda.

Walaubagaimanapun, jangan terus mengalah kerana ada satu lagi teknik yang lebih mudah.

Ada lagi satu teknik yang anda boleh aplikasikan untuk menambah follower yang anda boleh lihat hasilnya dalam masa 24 jam. Walaubagaimanapun, teknik ini memerlukan anda mengeluarkan modal berbayar untuk tujuan pengiklanan.

Teknik Bonus: Teknik Insta Review.

Teknik ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit modal untuk menarik dan menambah followers Instagram menjadi Instafamous Ratusan Ribu Followers Dalam masa yang singkat.

Cara ini lebih pantas berbanding teknik-teknik yang dinyatakan sebelum ini. Ia sangat pantas sehinggakan seorang individu yang mengaplikasikan teknik ini berjaya membuat jualan RM4000 dalam masa 24 jam bermodalkan RM45.

Jika akaun instagram anda bertujuan untuk perniagaan, maka anda jelas, sesuatu perniagaan yang berjaya, perlu mengeluarkan modal untuk pengiklanan.

Teknik Insta Review ini tidak memerlukan anda berkemahiran dalam Facebook ads mahupun Google Adwords atau apa-apa sahaja yang teknik pengiklanan yang memerlukan kemahiran dalam menghasilkan iklan, melihat statistik, membuat split test dan sebagainya.

Anda cuma perlu kemahiran menulis untuk menghasilkan sebuah artikel dalam bentuk review. Lebih-lebih lagi, teknik Review Insta ini akan menambahkan lebih 50,000 targeted real followers dalam masa 4 bulan.

Bagi mengaplikasikan Teknik Review Insta , ia mempunyai 3 fasa penting. Fasa pertama, Product Research And Instagram Shop Setup; Fasa kedua, Instagram Sales Strategy & Setup dan fasa terkahir, Advance Strategi Instagram Review.

Fasa Pertama Product Research And Instagram Shop Setup

Jika anda masih baru, fasa ini adalah fasa terpenting dan paling kritikal kerana ia memerlukan anda untuk setup akaun dengan cara yang betul dan berkesan. Silap setting, boleh menyebabkan anda rugi dan menyesal di kemudian hari. Oleh hal demikian, anda perlu berikan lebih perhatian pada fasa ini.

Fasa Kedua Instagram Sales Strategy & Setup

Pada peringkat ini, anda akan mengoptimasikan fungsi yang ada di Instagram untuk menaikan jumlah followers. Strategi dan timing juga memainkan peranan. Teknik ini menentukan masa yang tepat dan sesuai untuk melakukan post yang menjual

Fasa Ketiga Advance Strategi Instagram Review

Fasa ini adalah “sos rahsia” dan menjadi tonggak utama teknik Insta Review. Ia akan perbetulkan mindset anda untuk supaya anda tidak mudah panik dan mengaku kalah. Biasanya usahawan baru cepat mengelabah apabila mengeluarkan modal untuk pengiklanan dan hasilnya iklan tersebut tidak menjadi. Oleh hal demikian, teknik ini memerlukan anda menetapkan objektif sebelum mengeluarkan kos untuk pengiklanan.

Testimoni Instagramer Yang Telah Aplikasikan Teknik Insta Review

Teknik Insta Reveiw ini bukan teknik calang-calang kerana ia telah dibuktikan seperti yang terdapat didalam gambar. Rata-ratanya yang mengaplikasikan teknik insta review mendapat hasil dalam masa 24 jam. Kemungkinan besar anda juga akan mendapat hasil dalam masa tersebut jika diaplikasikan dengan betul.

Bagaimana Untuk Dapatkan Teknik Insta Review Ini?

Jika anda serius untuk menambahkan followers instagram anda, pada masa yang sama menghasilkan jualan yang menguntungkan dalam masa yang singkat untuk perniagaan anda, lebih-lebih lagi jika anda seorang dropshipper yang modalnya kecil dan terhad, maka Teknik Insta Review adalah teknik yang perlu anda dapatkan dan aplikasikan hari ini. Tekan link yang tertera dibawah untuk menonton 4 siri video Teknik Insta Review secara percuma.

Anda akan ditunjukkan langkah demi langkah, bagaimana untuk menetapkan akaun instagram anda sehingga anda boleh siapkan iklan anda sendiri. Anda akan menerima akses kepada 4 video lengkap mengenai teknik yang anda boleh belajar dan lonjakkan jualan anda di instagram.

Cepat, tekan link dibawah kerana ia akan dipadam dalam masa beberapa hari sahaja.

Tekan
Insta Review Expert

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2017-12-05T12:05:29+00:00 December 5th, 2017|Buat Duit, Instagram|0 Comments

Leave a Reply