Categories

Budak UIA Ini Mendapat 50,000 Followers Di Instagram Dengan Membuat…

/, Instagram/Budak UIA Ini Mendapat 50,000 Followers Di Instagram Dengan Membuat…

Budak UIA Ini Mendapat 50,000 Followers Di Instagram Dengan Membuat…

Kes Studi Bagaimana Budak UIA Mendapat 50,000 Followers Di Instagram Dan Jualan 5 Angka Dalam Masa 6 Minggu

nik abd sobur

Nik Abd. Sobur adalah seorang pelajar jurusan Islamic Finance di Universiti Islam Antarabangsa, dan telah berniaga secara online di internet selama 4 tahun.

Masih muda, berusia 19 tahun, beliau lebih fokus menggunakan facebook untuk melakukan promosi dari pada instagram kerana menganggap instagram tidak berpotensi.

Pandangannya berubah sejak kawan baiknya berjaya membuat jualan sebanyak RM5000 dengan hanya 2000 followers di instagram.

Yang lebih menariknya, kawan baiknya itu masih baru dan tidak berpengalaman, membuatkan Nik Abd. Sobur terkejut dengan pencapaian kawannya itu.

Bermula dari situ beliau nekad untuk cuba berniaga di Instagram. Kalau kawannya yang setahun jagung itu boleh buat, kenapa beliau tidak.

“Aku pun kena cuba jugak ni, berniaga dekat instafram ni sebab kawan yang baru pun boleh buat RM5k cuma dengan 2000 followers, kenapa tidak aku cuba” katanya nekad.

Beliau berpengalaman menjual di Facebook, tapi di Instagram beliau kosong. Akan tetapi, 2 bulan kemudian, beliau berjaya menjana 5 angka jualan. 4 bulan kemudian, jumlah followers bertambah menjadi 50,000

Bagaimana beliau berjaya lakukan jualan dalam 5 angka dan 50,000 followers Instagram dalam masa yang singkat bermula dari kosong?

insta paid review

Beliau membuat keputusan untuk menjual bagpack di instagram. Setelah mendapatkan supplier, beliau berfikir,

“macam mana aku nak jual di instagram, aku tak tahu apa-apa…”

Dari situ Nik Abd. Sobur mula membuat kajian orang-orang yang berjaya buat “sales giler-giler” antaranya Ameerul Afiq, founder Rad KL (kingafiqq) yang menjual kasut.

Beliau perhatikan,

“macam mana diorang ni setup akaun instagram mereka dan bagaimana mereke menjual…”

Apa yang beliau dapati, mereka semua mempunyai satu persamaam yang mana mereka hasilkan jualan berpuluh ribu, ratus ribu. Mereka semua gunakan cara yang sama.

90peratus akan spend duit dekat paid review. Meskipun telah tahu, Nik masih lagi ragu-ragu dan tertanya-tanya, adakah ia berkesan?

Sebelum membuat keputusan untuk menggunakan paid review di instagram, beliau melakukan beberapa perkara sebelum itu. Antaranya, mengkaji iklan yang mereka gunakan, dimana digunakan, bentuk iklan dan sebagainya.

Beliau mengambil keputusan untuk cuba paid review. Apa yang berlaku seterusnya menentukan masa depannya.

instagram paid review

BOOM,

Hasilnya diluar jangkaannya.

Beliau sendiri terkejut dengan result dari paid review tersebut. 4 bulan berlalu mengamalkan teknik paid review, beliau berjaya mendapat 50,000 followers dan sales telah mencecah 5 angka.

Beliau ada tunjukkan dalam 3 siri video bagaimana untuk buat paid review tersebut secara percuma.

Video pertama, CARA SETUP AKAUN INSTAGRAM BERKESAN
Dalam video ini , beliau tunjukkan cara untuk buka akaun instagram yang betul. Sebab jika salah buat, akan memberikan kesan jangka pangjang.

Video kedua, PAID REVIEW DAN LUBUK, beliau kongsikan beberapa kategori paid review supaya anda tak salah pilih dan rugi modal.

Video ketiga, TEKNIK PENULISAN CAPTION, Video yang penting ini memastikan paid review yang dilakukan mendapat sambutan.

Tekan sini untuk tonton video tersebut

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2017-12-17T16:02:50+00:00 December 6th, 2017|Buat Duit, Instagram|0 Comments

Leave a Reply