ANALISIS 1 - ebook UTAMA
Ebook utama lebih tertumpu kepada Teori dan pengenalan Affiliate. AmmarZahar membincangkan apa itu affiliate, bagaimana untuk menjana wang, bagaimana untuk mempromosi dan beberapa rahsia affiliate.
Jika anda baru dalam bidang ini, maklumat yang terkandung sudah cukup memadai untuk anda memahami apa itu affiliate.
AmmarZahar juga mendedahkan 3 cara untuk membuat promosi produk affiliate, yang mana ketiga-tiganya adalah kaedah asas untuk membuat promosi produk affiliate. Tidak begitu teknikal dan sesuai untuk mereka yang baru.
Antara Rahsia Affiliate.
Bahagian ini lebih membincangkan tentang bagaimana cookies (biskut???) berfungsi, bagaimana suatu jualan dihasilkan mendatangkan komisyen dan 2 strategi bagaimana untuk mengelak komisyen *dicuri.
Boleh dikatakan bahagian ini amat penting jika anda ingin mendapat komisyen dari jualan produk affiliate.
Side Note I: Satu script php diberikan bersama semasa anda download yang berfungsi untuk mengelakkan komisyen anda dicuri.
Pada mulanya, saya agak risau dengan strategi pertama yang dinyatakan dalam ebook tersebut kerana anda perlukan web hosting walaubagaimanapun strategi kedua lebih menjimatkan dan senang untuk dilaksanakan.
Terus-terang saya katakan, strategi kedua adalah satu kaedah yang tidak pernah saya terfikir sejak terlibat dalam bidang affiliate sejak tahun 2006.
Ebook pertama ini diakhiri dengan 6 tips, "Apa yang perlu anda lakukan untuk bermula" dan satu petikan yang menarik yang harus diambil perhatian:
"Tak guna cakap banyak, baik kita terus buat!"
ANALISIS 2 - ebook AFFILIATE A+ (PRAKTIKAL)
Ebook kedua setebal 47m/s ini lebih menjurus kepada praktikal dan pengalaman sebenar AmmarZahar seperti yang dinyatakan pada pendahuluan ebook ini dan bagaimana beliau mengalahkan "otai" menggunakan teknik Affiliate A+. Yang menjadi perhatian saya, Teknik Affiliate A+ sesuai untuk produk yang *Baru Dilancarkan.
Pembongkaran Pertama: Mindset
Apa-apapun, sebelum menjadi affiliate sesuatu produk, anda perlukan mindset yang betul. Itu adalah tajuk utama yang pertama yang dibincangkan selepas pendahulan. Bahagian ini membincangkan mengenai mindset pemilihan sesuatu program affiliate.
Persoalan yang dibangkitkan adalah program affiliate manakah harus anda pilih?
Kredit harus diberikan kepada penulis kerana memberi penerangan yang baik mengenai Niche. Akan tetapi, penulis lebih menceritakan mengenai niche daripada mindset. Saya rasa penulis sepatutnya mengasingkan tajuk niche dan mindset untuk mengelak kekeliruan.
Pembongkaran Kedua: Kajian Pasaran.
Setelah memilih niche, yang sesuai, langkah seterusnya adalah membuat kajian pasaran mengenai niche tersebut. Penulis juga telah memasukkan satu kes studi mengenai niche dan kepentingan senarai email.
Saya suka idea yang diceritakan pada kes studi itu, walaupun kisahnya diolah semula, tetapi ia adalah berdasarkan kisah sebenar. Yang menarik perhatian saya, 500 Targeted list yang responsif adalah lebih baik daripada 10,000 list yang rojak.
Penulis juga menyelitkan satu contoh Affiliate Kelas "D" dimana affiliate kelas D ini sentiasa melakukan kesalahan yang berulang. Saya akui, saya pernah dulu melakukan kesilapan ini semasa diawal pembabitan saya pada tahun 2006. Kesilapan ini seharusnya dielakkan jika ingin menjadi Affiliate A+. Bahagian ini diakhiri dengan 5 tugasan yang perlu anda lakukan.
Pembongkaran Ketiga: Bonus Sampingan
Adalah salah satu teknik yang biasa diguna-pakai oleh affiliate bertaraf SS.
Off topik: Jika anda biasa bermain video game, ranking kehebatan sesuatu watak karektor permainan video game adalah dari lemah sehingga kuat bermula dari kelas D, C, B, A, S dan tertinggi, Kelas SS.
AmmarZahar membongkarkan 2 idea yang amat mudah dipraktikan, cuma idea pertama memerlukan pengorbanan dan idea kedua memerlukan sedikit belanja untuk dilaksanakan.
Saya lebih suka dengan idea kedua, kerana ia memaksimumkan komisyen yang anda terima berbanding dengan idea pertama.
Pembongkaran Keempat: Landing Page.
Bahagian ini ringkas sahaja, tak banyak benda hendak saya ulas. Apa yang boleh saya katakan, bahagian ini adalah kunci utama menukarkan mood pelanggan dari pasif dengan pemikiran untuk tidak membeli ke aktif dengan niat yang membuak-buak untuk menekan butangm tempah.
Diselitkan juga beberapa contoh landing page yang digunakan penulis dan affiliate luar negara.
Side Note: Terdapat satu link pada ebook tersebut yang berfungsi redirect ke salah satu contoh landing page. Akan tetapi, ianya redirect ke page 404. Sama ada penulis lupa untuk uploadkan contoh ataupun, link yang dimasukkan salah.
Sebelum saya ke bahagian seterusnya, bahagian landing page diakhiri dengan 6 garis panduan membina landing page.
Pembongkaran Keempat: Email
Tidak ada apa-apa yang istimewa mengenai bahagian ini. Cuma ianya adalah maklumat berulang bagi mereka yang sudah biasa dengan strategi promosi ini. Pada pendapat saya bahagian ini hanya sesuai jika anda masih lagi belum memiliki akaun autoresponder atau tidak mempunyai sebarang klu untuk menulis jujukan email promosi.
Sehubungan itu bagi mereka yang tidak nampak aliran sesuatu kempen autoresponder, penulis telah menyelitkan gambarajah carta alir dan juga beberapa tips menulis siri email.
Side Note: Satu pekara yang harus diambil perhatian adalah pemilihan perkhidmatan autoresponder sama ada percuma ataupun berbayar..
Pembongkaran Keempat: Blog
Apa yang boleh saya katakan mengenai bahagian ini, ianya bukan benda baru. Cuma pada pendapat saya, hanya maklumat ulangan. Tetapi, itu hanya pandangan saya sahaja yang sudah lama mengaplikasikan strategi ini.
Walaubagaimanapun, maklumat yang terkandung mungkin tidak pernah terlintas didalam fikiran anda. Mungkin anda biasa membuat blog dan menggunakan medium ini untuk membuat promosi tetapi tidak mendatangkan jualan. Sebabnya berlaku demikian ada dibongkar untuk bahagian ini.
Bahagian terakhir untuk ebook ini adalah jawapan untuk beberapa soalan yang biasa ditanya oleh newbie.
ANALISIS 3 - KELAS AFFILIATE A+
Kelas Affiliate A+ hanya di tawarkan kepada mereka yang membuat pembelian tawaran OTO. Buat masa ini, saya tidak dapat mengulas panjang mengenai kelas ini kerana ianya akan diadakan pada 26 November 2008.
Apa yang saya boleh katakan berdasarkan tawaran OTO, AmmarZahar telah menyediakan 6 video yang merangkumi:
- Video 1: Autoresponder A+
- Video 3: Rahsia Landing Page
==============
UPDATE: Mengenai kelas yang dinyatakan, Kelas Affiliate A+ membolehkan anda berhubung secara terus dengan AmmarZahar melalui YM dan MSN untuk meminta tips dan pendapat.
Video pula diedarkan kepada pembeli secara bersiri bermula dengan Video 1: Autoresponder .
|