Categories

Bagaimana Affiliate Marketing Beroperasi?

//Bagaimana Affiliate Marketing Beroperasi?

Bagaimana Affiliate Marketing Beroperasi?

Dalam perkongsian ini, anda akan mengetahui bagaimana affiliate marketing beroperasi. Anda juga akan mengetahui mengapa menjadi seorang affiliate sangat menyeronokkan, berapa banyak komisyen yang dapat diperolehi dan bagaimana untuk bermula.

Sebelum meneruskan perkongsian ini, kebanyakkan perkataan atau terma, lebih sesuai digunakan dalam bahasa inggeris untuk memudahkan perkongsian dan penerangan.

Secara asasnya, maksud affiliate marketing atau pemasaran affiliate bermaksud:

“Satu sistem melalui internet dimana anda sebagai affiliate akan menerima bayaran apabila jualan berjaya dilakukan atau merujuk pelanggan ke sesuatu perkhidmatan perniagaan online.”

Seperti agen jualan langsung, dimana anda tidak memiliki perniagaan tersebut, sebaliknya sebagai agen, anda mempromosikan produk dan mendapatkan komisyen hasil daripada jualan tersebut. Bezanya, anda tidak perlu mendaftar atau mengeluarkan sebarang yuran keahlian untuk menjadi agen tersebut.

Gambarajah dibawah menunjukkan sebuah laman web dengan sehelai banner yang sedang mempromosikan laman web Pelaburanhartanahtanpamodal.com.

pelaburan-hartanah-tanpa-modal

Apabila terdapat orang yang berminat untuk memulakan pelaburan hartanah klik pada banner tersebut, mereka akan dibawakan ke laman merchant (penjual atau pemilik produk) seperti laman website berikut: 

pelaburan-hartanah-tanpa-modal

Merchant adalah individu atau syarikat yang mencipta dan memiliki produk sendiri. Dari sini, merchant tersebut akan menjalankan tugasnya untuk menjual produk yang ditawarkan kepada pelanggan.

Jika pelanggan tersebut membuat keputusan untuk membelinya, maka affiliate yang menghantarnya ke laman tersebut akan menerima sejumlah peratusan komisyen daripada nilai jual produk tersebut. Mudah bukan?

6 sebab kenapa menjadi seorang affiliate

  1. Modal permulaan yang sangat rendah. Untuk memulakan perniagaan yang biasa dan konvesional dimana anda perlu menyewa lot kedai dan membeli bahan mentah, dengan mudahnya anda akan membelanjakan sejumlah berpuluh ribu ringgit, malah mungkin mencecah sehingga ratusan ribu. Sebagai seorang affiliate, anda boleh bermula dengan modal bernilai kad reload handfon.
  2. Anda tidak perlukan staff. Anda tidak perlu mengupah pekerja apabila memulakan bidang affiliate. Anda boleh berkerja sendiri tanpa memeningkan kepala mencari perkerja dan membayar gaji pekerja. Apabila perniagaan affiliate marketing anda sudah maju, anda boleh outsource (upah pekerja luar).
  3. Anda tidak perlukan produk. Anda cuma perlu mempromosikan produk yang sedia ada untuk dijual. Tidak kiralah ianya sebuah ebook mengenai panduan buat cupcake sehingga panduan bermain saham di BSKL, terdapat banyak produk yang boleh anda jual sebagai seorang affiliate.
  4. Anda tidak perlukan ilmu kepakaran yang tinggi untuk menjual produk affiliate. Katakan anda ingin menjual produk berkaitan dengan perakaunan, anda tidak perlu mendapatkan ijazah atau PhD. atau mendaftar dengan persatuan “Certified Charted Accountant”. Anda hanya perlu keinginan yang tinggi untuk berjaya dengan mindset yang betul dan kebolehan untuk memasarkan produk affiliate kepada pasaran yang sesuai.
  5. Menjana pendapatan pasif. Sama seperti anda membeli sebuah rumah, kemudian anda sewakan kepada orang lain. Selagi anda menyewakan rumah anda, selagi itu anda akan menerima pendapatan daripada sewaan tersebut. Berbeza dengan makan gaji, anda akan menerima komisyen berulangkali selagi mana adanya jualan.
  6. Bekerja mengikut masa yang anda tetapkan. Anda boleh berkerja bila-bila masa anda mahu tanpa mengikut arahan atau masa yang majikan tetapkan. Masa anda lebih fleksibel. Anda sendiri menjadi boss anda – seronok kan?

Berapa banyak komisyen yang boleh anda terima?

Seperti mana-mana perniagaan, semuanya bergantung kepada anda dan berapa banyak jumlah tenaga kerja yang anda curahkan.

Ini kerana affiliate marketing bukannya sebuah skim cepat kaya dimana anda hanya laburkan wang dan tunggu hasilnya dalam masa beberapa hari.

Jika anda memberikan komitmen sepenuhnya dengan menguruskan dan melakukan kerja-kerja seperti sebuah perniagaan sebenar, maka hasilnya sangat lumayan dan boleh menjadi pendapatan tetap anda.

Berapa banyak keuntungan yang anda boleh perolehi? Jom kita lakukan pengiraan mudah. Katakan anda mempromosikan fbcash, pakej video tutorial bagaimana untuk menjana pendapatan melalui facebook.

fb_cash_formulaPerhatikan gambarajah dibawah. komisyen yang akan anda terima untuk setiap jualan adalah 75% daripada harga jual RM90.

fb_cash_formula_komisyen

Jika anda dapat menjual hanya SATU unit produk tersebut, anda akan memperolehi RM472 seminggu atau RM2025 wang tambahan dalam poket anda setiap bulan. Katakan anda dapat menjual 3 unit produk tersebut setiap hari. Maka anda akan memperolehi RM6075 sebulan. Mustahil anda kata? Percayalah, ada yang dapat lebih dari itu.

Apa akan anda lakukan dengan wang tambahan sebanyak itu?

Bagaimana affiliate marketing sebenarnya beroperasi?

Biasanya anda memerlukan sebuah laman web untuk mempromosikan produk affiliate. Contohnya seperti dibawah:

pelaburan_hartanah_tanpa_modal

Walaubagaimanapun, anda tidak semestinya memerlukan sebuah laman web. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan teknik untuk melakukan affiliate marketing. Anda boleh menggunakan medium facebook, twitter, forum, dan lain-lain.

Kebanyakkan affiliate marketer lebih suka menggunakan  website untuk mempromosikan produk affiliate. 

Apabila anda memiliki sebuah website, anda mempunyai fleksibiliti untuk melakukan apa-apa sahaja teknik menjual berbanding dengan teknik promosi yang lain.

Contohnya, anda boleh menulis review untuk produk tersebut dengan menghuraikan secara halus isi kandungan, buat perbandingan, memberikan pendapat dan lain-lain.

Contohnya seperti gambarajah dibawah:

review_perlaburan_hartanah_tanpa_modal

 Bagaimana merchant mengenalpasti jualan dari pihak anda?

Apabila anda mendaftar untuk sesuatu program affiliate, anda akan diberikan link affiliate khas. Link affiliate ini mempunyai sistem pengesan yang akan memastikan anda mendapat kredit setiap kali anda melakukan jualan.

Setiap kali anda mempromosi link affiliate anda dan terdapat pelanggan yang mengklik pada link tersebut, merchant akan mengetahui siapa yang menghantar pelanggan tersebut melalui platform sistem affiliate.

Apabila terdapat pembelian dari link affiliate anda, anda akan diberikan komisyen. Oleh hal demikian, matlamat utama anda adalah untuk mendapatkan sebanyak boleh klik dan pelawat ke laman web affiliate.

Lebih ramai pelawat, lebih tinggi peluang untuk menjana komisyen.

 

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2013-09-23T15:15:22+00:00 September 18th, 2013|General|1 Comment

One Comment

  1. […] Teruskan bacaan: […]

Leave a Reply