Artikel ini ditulis oleh Zul Ariffin Maarof, penulis ebook Panduan Bisnes Ebay

 

Assalamualaikum Hai geng

saya nak share kali ni barang-barang / makanan yang mungkin anda tak jangka di ebay boleh dijual!

 

bukan 1 bukan dua.. tapi ada yang sampai dah beratus-ratus unit!

apa barang tu? saya selalu di tanya oleh ramai orang nak jual apa kat ebay ni!

sebenarnya semua barang boleh dijual. yang penting anda take action!

 

jom tengok antara barang yang mudah untuk anda dapat di kedai-kedai runcit atau disekeliling anda

 

  1. Jajan/ junk food Super Ring

super-ring-wm

nampak tak? dah lebih 15 unit terjual! jual super ring ni jer dah bagi seller ni sales sebanyak 310.5 usd bersamaan dengan RM1387!

Anda pun mesti pernah makan jajan ni kan? saya pun suka jajan ni… tapi jangan luper..mat salleh pun teringin nak makan jajan lejen ni.

so apa lagi? supply la. try jual. kalau ada rezeki anda insha Allah pasti ada pembeli. orang lain boleh jual kenapa tidak anda?

 

2. Tea Boh Cameron

tehwm

biasa nampak tak teh ni? hehehe…

berapa harga teh ni? tak sampai rm10 kan? tengok dia jual berapa unit dah? 149 unit dah beb!!!

8usd + 10usd = 18 usd x 149 = USD 2682 = RM11,988.54!!!

fuyyooo!! jual teh boh cameron jer dah menyumbang sebanyak RM12K!!

nak dengan taknak jer bro.. air ni silap-silap hari-hari anda minum….

 

tapi janganlah minum jer. jual lah sekali. at least menyumbang jugak menambah pendapatan ekonomi diri anda waktu tengah gawat ni.

3. mee meggie

 

meggie-wm

haa tengok mee maggi pun boleh jual! harga kapak pulak tuh. kat sini baru RM5 jer.. jual mak aih…USD15.50!

dah 7 unit terjual pulak tu!.  dah menyumbang sebanyak RM485 beb?

 

4. Gula-gula hacks

hacks

pergh…gula-gula hacks pun boleh jual beb! 5 paket dah terjual. RM2 jer kalau tak silap beli kat sini..

ni jual USD7.50 sepeket. memang pandai betul orang malaysia buat untung… modal RM2 sepeket. Jual 5 paket dah dapat sales RM167!

Siapa kata orang Malaysia tak pandai berniaga?

gula-gula hacks gula-gula biasa tapi yang jual bukan biasa-biasa beb! hahahhahahahahaha

5. Jajan mamee monster

mamee

haa..ni lagi satu. jual jajan lagi. tapi bukan jajan super ring. tapi jajan mamee monster pulak.

 

saya percaya anda mesti pernah makan or pernah tengok orang makan jajan ni kan?

berapa harganya? saya tak ingat dah lama giler tak makan jajan ni. dulu kecik-kecik makan la.. berapa dah sales dari jualan jajan ni?

USD12.79 x 12 x rm4.47 = RM686 beb!!!

jual jajan jer dah buat sales RM686!

kalau dulu waktu kecik-kecik aku tau jajan ni boleh jual kat ebay dari kecik lagi aku dah kaya.hehehe

6. curry powder

curry

rempah kari pun boleh jual beb!! 58 unit dah sold. fuhhh!!!

2.99+1.99 = $4.99 x 58 x RM4.47 = RM1291!!!

berapa ringgit jer lah rempah kari babas ni

siot. babas betul….

7. old town white coffee hazelnut

old-town

mak aih…. old town white coffee pun boleh jual beb!!!!!

USD19.88 x 130 unit x RM4.47 =RM11,552.27  woiiii

nampak tak? Malaysia ni sebenarnya kaya dengan sumber makanan yang memang ada jer sambutan di luar negara..

 

ni baru sikit! saya tak larat nak tunjuk semua. tapi at least lepas ni terbukak lah mata anda untuk belajar menjual di ebay ni.

kenapa?

sebab ebay ni jual guna matawang usd. lepas tu kan. ebay ni tak payah nak pam buat iklan macam fb ads tuh. tak payah nak mengayat suruh orang beli bagai.

kerja anda cuma buat iklan lepas tu tido or jalan-jalan sampailah barang anda orang beli!

dah ada orang beli pergilah post. jangan scam orang pulak…

 

sekian.

Zul Ariffin Maarof

PhD Matematik

#UniversitiEbayIntelligent

#PushingPeopleForward

Share dengan rakan andaShare on Facebook