Categories

Buat Duit Dengan Youtube Channel

//Buat Duit Dengan Youtube Channel

Buat Duit Dengan Youtube Channel

Tahukah anda, anda boleh buat duit dengan Youtube Channel. Memulakan Youtube channel adalah cara paling senang untuk buat duit secara online dan tidak memerlukan modal besar.

YouTube mendapat  lebih kurang 5 bilion video views setiap hari. Menurut satu kenyataan, Felix Kjellberg, pemilik akaun youtube PewDiePie, telah memperoleh 12 juta dolar pada 2015 dengan satu channel YouTube.

Anda juga mampu mencapai kejayaan tersebut jika anda mengambil kesempatan dan peluang terhadap sistem monetization oleh youtube. Mungkin tidak seperti Felix, tetapi ia boleh membantu anda menjana pendapatan untuk jangka masa panjang.

Bagaimana Hendak Bermula Buat Duit Dengan Youtube Channel

buat duit dengan youtube

Buat Duit Dengan Youtube Channel Sesuai Untuk:

  • Orang yang suka buat video, seperti bercakap di depan kamera, merakam atau buat filem pendek.

Kemahiran Diperlukan Untuk Buat Duit Dengan Youtube Channel

  • Keupayaan untuk membuat dan mengedit video menggunakan alat perisian atau merakam video menggunakan handfon, kamera yang boleh merakam, dan kamera video.

Masa yang Diperlukan Untuk Memulakan Channel YouTube

Anda boleh mula dengan segera. Terlebih dahulu, anda memerlukan akaun Youtube dan kemudian akaun adsense. Setelah mendaftar, anda boleh terus upload video. Walaubagaimanapun, anda memerlukan lebih 15,000 views sebelum boleh menerima komisyen melalui pengiklanan di youtube.

Tips Buat Duit Dengan Youtbe Channel

  1. Tips terbaik adalah menentukan tema channel youtube yang bakal anda mulakan sebelum menghasilkan channel. Antara tema-tema yang boleh anda gunakan adalah seperti Jenaka, Tutorial, Resepi dan sebagainya. Pastikan ia tidak bercampur-aduk untuk memastikan channel anda konsisten.Contohnya, jika anda sukakan lawak, anda boleh buat channel bertemakan lawak-jenaka sebagai hiburan kepada penonoton.
  2. Pilih tema di mana anda benar-benar berminat. Jika anda serius dan ingin jadikan Youtube sebagai sumber pendapatan utama, tema-tema yang anda berminat akan memastikan anda tidak mudah bosan dan fokus. Youtube adalah lebih bersifat pendapatan “jangka masa panjang” kerana anda akan mendapat komisyen selagi mana video anda berada dalam youtube. Lagi banyak video anda, lagi bertambah pendapatan anda melalui youtube.
  3. Secara umumnya, lebih banyak views terhadap video anda yang dikaitkan dengan sesuatu tema, maka lebih ramai orang yang berminat dengan tema yang anda ketengahkan.
  4. Sentiasa review balik video-video yang anda hasilkan kerana ia boleh bantu anda untuk menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan memperbaiki mutu video anda pada masa akan datang. Lebih bermutu video anda, lebih ramai yang akan subscribe dan kekal dengan channel anda.
  5. Sentiasa cuba berinteraksi dengan penonton anda dengan menggalakkan mereka meninggalkan komen selepas video tamat. Baca dan kaji komen-komen yang diberikan untuk ketahui apa yang mereka mahu dalam video yang akan datang.
  6. Bertanya dengan penonton apa yang mereka suka mengenai video yang anda hasilkan. Daripada maklum-balas tersebut, cari video yang mendapat sambutan dan video yang sebaliknya supaya anda dapat menghasilkan video yang memenuhi kehendak penonton.
  7. Risik pesaing anda dan dengan menonton mereka video-video yang menarik. Jika ada yang menarik, cuba hasilkan video tersebut mengikut citarasa anda. Dilarang meniru. Hasilkan video mengikut keunikan anda.
  8. Sentiasa menambah-baik dan memperbaiki kelemahan anda dalam setiap video baru yang diupload supaya ia lebih berkualiti dari video sebelumnya. Penonton akan lebih setia dengan channel anda dan menantikan video terbaru dari anda jika anda menjaga kualiti. Anda akan kembali menonton video lama suatu hari nanti dan anda akan dapati terdapat perbezaan kualiti video yang lama dengan  video yang terkini. Itu tandanya kualiti anda semakin bertambah baik.
  9. Melakukan eksperimen dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru untuk melihat sambutan terhadap video dan juga fungsi-fungsi baru yang berada dalam Dashboard Youtube. Melakukan eksperimen adalah cara untuk mengetahui video yang mana akan menarik lebih banyak views atau sebaliknya.
  10. Bekerjasama dengan youtuber yang lain untuk mendapatkan pendedahan dan pada masa yang sama melebarkan kenalan dan network anda. Apabila anda bekerjasama, anda akan belajar banyak perkara yang baru dan pada masa yang sama menambahkan bilangan penonton apabila melakukan crossover.
  11. Enjoy buat video. Jika anda stress dan tertekan, video yang dihasilkan tidak berkualiti dan semakin masa berlalu, anda akan hilang minat.

Cara Untuk Buat Duit Dengan Youtube Channel.

buat duit dengan youtube

Anda mendapat komisyen dari iklan yang dipaparkan pada video anda melalui program Adsense. Youtube/Google akan membayar sejumlah wang berdasarkan jumlah uniq views yang diterima. Semakin banyak views, semakin besar nilai komisyen yang akan anda terima setiap bulan.

Untuk menambahkan jumlah komisyen yang diterima dan secara berterusan dan banyak dari youtube, anda boleh menambahkan jumlah views kepada video anda. Ia suatu proses yang ambil masa dan semakin lama, akan menjadi tepu. Oleh hal demikian, apa yang anda boleh lakukan adalah sentiasa upload video yang baru.

Semakin banyak video yang berkualiti anda upload, semakin bertambah komisyen yang akan anda terima daripada views.

Selain itu, anda buat duit dengan youtube dengan bekerjasama dengan pihak ketiga, melalui “endorsement”. Walaubagaimanapun, kaedah ini memerlukan anda memiliki ramai subscribers untuk menyakinkan pihak ketiga.

Alternatif lain, anda boleh buat duit dengan youtube channel dengan memasukkan link affiliate di ruang penerangan video.

Belajar Buat Duit Dengan Youtube Channel Dengan DuitVideo

Klik sini untuk dapatkan DuitVideo

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2017-11-13T04:15:43+00:00 November 13th, 2017|Buat Duit|0 Comments

Leave a Reply