Categories

Tips Dan Cara Buat Duit Dengan Blog

//Tips Dan Cara Buat Duit Dengan Blog

Tips Dan Cara Buat Duit Dengan Blog

Cara paling senang dan mudah untuk mula buat duit dari rumah adalah dengan menjadi seorang blogger sepenuh masa. Kelebihannya, anda tak perlu bekerja seawal 8 pagi sehingga 5 petang seperti kakitangan kerajaan dan swasta. Ada boleh bekerja bila-bila masa yang anda suka dan memperuntukan berapa masa yang anda perlukan.

Walaubagaimanapun, buat duit dengan blog memerlukan masa sebelum anda melihat hasilnya. Ia terpulang kepada anda. Ada blogger yang dapat buat duit dari blog dalam masa yang singkat. Ada yang ambil masa berbulan-bulan. Ianya semua terpulang kepada masa yang anda peruntukkan dan rancangan arah tuju perjalanan blog anda.

Jika anda masih bekerja, adalah dinasihatkan jangan berhenti dulu untuk menjadi seorang blogger profesional (problogger). Mulakan secara separuh masa. Apabila ia tiba satu peringkat pendapatan melalui blog melebihi pendapatan bekerja dan anda rasa yakin pendapatan dari blog dapat menampung kehidupan, maka masa itulah anda serahkan surat letak jawatan.

Buat Duit Dengan Blog Sesuai Untuk:

Orang yang suka menulis dan suka berkongsi pengetahuan dan kepakaran kepada pembaca.

Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Buat Duit Dengan Blog?

Kemahiran menulis dengan ayat yang mudah dan mesej dapat disampaikan dengan efektif

Masa Yang Diperlukan Untuk Mula Buat Duit Dengan Blog

Semuanya bergantung kepada tahap kefahaman dan kepakaran anda.  Untuk mula buat blog, ia cuma ambil masa beberapa jam untuk setup. Dan anda boleh mula dengan segera. Tetapi jika anda hendak buat duit dengan blog, dan masih lagi baru dalam bidang penulisan blog, maka ia akan ambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan Р6 bulan jika menulis dengan konsisten untuk melihat hasil.

Tips Buat Duit Dengan Blog

buat duit dengan blog

1. Apabila memulakan sebuah blog dengan objektif untuk menjana pendapatan, adalah dinasihatkan memilih satu tema. Dan tema tersebut hendaklah sesuatu yang anda biasa dan dengannya atau mempunyai kepakaran terhadap tema tersebut.

Contohnya, jika anda suka melancong, maca anda boleh tema blog anda berkaitan dengan perlancongan. Anda boleh memulakan sebuah Travel Blog.

2. Jika anda hendak menulis lebih dari satu tema, pastikan ia tidak bercampuk antara satu lain. Satu blog untuk satu tema. Jika tidak, ia akan menyebabkan blog menjadi cacar mamba.

Contohnya, anda menulis mengenai tips-tips masak ayam pada sebuah blog fashion. Agak pelik dan tidak sesuai. Sekali lagi, satu tema, satu blog.

3. Hasilkan kandungan yang unik dan menarik berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda.

4. Berikan nilai kepada pembaca anda. Tulis mengenai sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca.

5.Dengar kepada pembaca. Cuba selesaikan masalah yang dihadapi mereka. Balas setiap komen yang diberikan.

6.Berikan komitmen sepenuhnya kepada blog anda. Blog bagaikan sebuah perhubungan. Berikan kasih sayang kepadanya dan ia akan mekar. Jika diabaikan, ia akan layu terkulai. Tidak ada gunanya jika anda tidak memberikan minat sepenuhnya untuk menulis. Lebih baik jangan bermula kerana ada telah buang masa.

7.Rancang isi kandungan, gaya penulisan, sasaran pembaca dan sebagainya. Lihat pada blog-blog lain yang sedang melakukan apa yang anda rancang. Tanya pada diri sendiri, bagaimana untuk menjadikan blog lebih menonjol dari orang lain. Apa kelebihan blog saya. Kenapa saya nak buat blog ini.

8.Perkembangan blog anda bergantung kepada bagaimana anda uruskannya secara profesional. Ditegah untuk mengkritik bloggers, orang lain dan jenama-jenama terkenal kerana dikhuatiri akan menjatuhkan blog anda yang anda bersusah-payah membangunkannya.

9. Buka minda dan lapang dada untuk bekerjasama dengan bloggers lain. Anda akan bertemu dengan ramai bloggers-bloggers yang hebat dan yang memberikan inspirasi.

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan Blog?

cara buat duit dengan blog

Paling mudah nak buat duit dengan blog adalah dengan menjadi agen affiliate. Apa perlu anda lakukan adalah mempromosi produk-produk milik orang lain dengan menulis kandungan yang menarik atau review mengenai produk tersebut dan kemudiannya memasukkan link affiliate. Anda akan menerima komisyen dari setiap jualan yang berjaya dilakukan melalui link affiliate anda. Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai affiliate

Jika menjadi agen affiliate berbunyi agak teknikal untuk anda, dan anda lebih suka menulis topik-topik bebas, maka cara lain untuk Buat Duit Dengan Blog adalah menyertai program Google Adsense. Jika anda pernah lihat iklan seperti gambar berikut:

maka ia adalah iklan dari Google. Apa yang perlu anda buat adalah mendaftar disini. Tetapi sebelum itu, pastikan terlebih dahulu anda sudah memiliki sebuah blog dengan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 blogpost untuk memastikan anda layak dan diluluskan permohonan.

Setelah mendaftar, anda akan diberikan kod-kod untuk diletakkan pada blog anda. Komisyen akan terhasil setiap kali terdapat klik yang unik pada iklan tersebut dari anda. Menarik mengenai program tersebut, anda akan menjana pendapatan dalam nilai matawang Amerika. Bermakna, jika komisyen yang anda terima adalah $100 dollar, maka komisyen yang akan anda terima adalah lebih kurang RM300-RM400. Belajar dengan lebih mendalam mengenai program Google Adsense dan bagaimana nak buat duit dengan program tersebut.

Banyak lagi cara untuk buat duit dengan blog, tetapi 2 yang dinyatakan diatas adalah cara yang paling senang untuk buat duit melalui blog.

Jangan lupa tinggalkan komen dibawah dan tekan butang Share.

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2017-11-15T17:47:21+00:00 November 15th, 2017|Buat Duit|0 Comments

Leave a Reply