Categories

Buat Duit Dengan Affiliate Marketing – Tips Dan Kaedah

//Buat Duit Dengan Affiliate Marketing – Tips Dan Kaedah

Buat Duit Dengan Affiliate Marketing – Tips Dan Kaedah

Buat Duit Dengan Affiliate Marketing. Apa Itu Affiliate Marketing?

Affiliate marketing adalah satu bentuk pemasaran berasaskan prestasi dimana sesuatu perniagaan memberikan ganjaran dalam bentuk komisyen terhadap jumlah jualan yang dilakukan melalui link khas. Komisyen yang diberikan biasanya antara 50% hingga 70% daripada jumlah jualan. Artikel ini akan berkongsi bagaimana untuk buat duit dengan affiliate marketing.

Buat Duit Dengan Affiliate Marketing Sesuai Untuk:

Individu yang suka menulis, mempunyai kemahiran menerangkan sesuatu produk dan kebolehan untuk memujuk

Kemahiran Yang Diperlukan Untuk Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

Kebolehan untuk melakukan promosi produk secara online mengunakan media sosial, forum, blog, video, asas-asas grafik, asas-asas html dan sebagainya.

Masa Yang Diperlukan Untuk Buat Duit Dengan Affiliate Matketing

Anda boleh bermula dalam masa sejam dari sekarang. Apa yang anda perlukan lakukan adalah mencari dan memilih produk-produk yang menawarkan program affiliate dan menawarkan komisyen diantara 50 – 70 %.

Antara laman-laman yang menawarkan program affiliate adalah Klikjer.com, Onpay Marketplace, Infokerjaya Resources

Tips Sebelum Mula Buat Duit Dengan Affiliate Marketing

buat duit dengan affiliate marketing

1. Pilih produk yang anda minat, faham dan mudah untuk melakukan promosi. Contohnya, jika anda suka buat kek kukus, anda boleh pilih produk affiliate yang berkaitan dengan kek. Terdapat banyak produk-produk affiliate yang boleh anda promosi dan berkaitan dengan minat anda.

2. Affiliate marketing tidak terhad kepada produk dari Malaysia sahaja. Malah terdapat program-program affiliate dari luar negara. Contohnya ClickBank.com, Shareasale.com, Jvzoo.com. Ketiga-tiga laman yang dinyatakan lebih tertumpu kepada produk digital. Jika anda minat nak mempromosi produk fizikal, anda boleh menjadi affiliate bagi Amazon.com melalui program affiliate mereka, Amazon Associates.

3. Apabila memilih produk affiliate untuk di promosi, pilih produk yang menawarkan komisyen sekurang-kurangnya 50% keatas.

4. Setiap program affiliate mempunyai sistem untuk mengesan jualan melalui link affiliate yang anda gunakan dan menguruskan pembayaran komisyen. Anda tak perlu risau bagaimana untuk terima komisyen. Semasa pendaftaran, biasanya sistem affiliate memerlukan anda memasukkan maklumat bank untuk menerima komisyen. Jadi anda tak perlu risau hal-hal penerimaan komisyen.

Dapatkan sahaja link affiliate yang dihasilkan oleh sistem affiliate dan terus melakukan promosi.

5. Jika anda mahu menjana jualan dalam masa yang singkat, gunakan iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Google Adwords. Walaubagaimanapun, tidak sesuai untuk anda jika anda baru berjinak dengan affiliate marketing. Penggunaan iklan berbayar untuk melakukan promosi adalah lebih teknikal dan perlu mengeluarkan modal yang banyak. Sesuai untuk affiliate yang berpengalaman.

Alternatifnya, gunakan media sosial untuk melakukan promosi tanpa mengeluarkan kos. Cuma diingatkan, jangan melakukan SPAM untuk mengelakkan anda di BANNED.

Bagaimana Buat Duit Dengan Affiliate Marketing.

buat duit dengan affiliate

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk melakukan promosi produk affiliate. Cara yang biasa digunakan adalah membuat produk review pada blog kemudian share review tersebut pada Facebook atau twitter atau lain-lain media sosial. Ceritakan apa yang produk tersebut dapat lakukan dan bagaimana ia dapat membantu pembaca. Jika review yang anda lakukan menarik perhatian dan meyakinkan, terdapat besar kemungkinan pembaca akan beli produk tersebut melalui link affiliate anda.

Anda juga boleh buat Facebook page untuk mempromosikan produk affiliate. Caranya adalah membina dan menambahkan followers dan likes. Buat perkongsian yang berterusan pada page tersebut dan diakhiri dengan link ke laman jualan produk.

Belajar Buat Duit Dengan Affiliate Marketing Dari Yang Pakar.

Oswald Justin adalah antara top affiliate marketing di Malaysia. Beliau ada menulis panduan affiliate marketing lengkap yang anda boleh aplikasikan, bersama dengan cas studi yang anda boleh jadikan sebagai rujukan. Beliau telah menjana komisyen 6 angka hanya dari mempromosikan produk-produk affiliate. Strategi yang ditunjukkan adalah berkesan dan boleh gunakan untuk mempromosi produk-produk affiliate dan seterusnya buat duit dengan Affiliate Marketing.  Anda boleh dapatkan Panduan Affiliate Marketing disini.

Share dengan rakan andaShare on Facebook
By | 2017-11-16T17:46:49+00:00 November 16th, 2017|Buat Duit|0 Comments

Leave a Reply